Wajib Tahu! 6 Penyakit Merbahaya Kucing & Tanda-Tandanya.

Bela kucing ni memang best kan, rasa penat pun boleh hilang bila tengok telatah mereka balik dari kerja.

Kehadiran kucing di rumah sudah rasa seperti ahli keluarga sendiri. Jadi, semestinya kita tidak inginkan si meow kita diserang dengan penyakit-penyakit yang merbahaya pada nyawa mereka.

Jadi, dalam post ini, saya akan kongsikan 6 Penyakit Yang Sering Menyerang Kucing yang anda perlu tahu bagi mencegah daripada terkena pada kucing kesayangan anda.

1. SPORO

 

 

Berpunca dari kalangan “fungus” kulat yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii yang merebak daripada luka.

Perhatikan tanda-tanda penyakti sporo adalah :
1) Luka pada kulit yang merebak dan lambat sembuh
2) Luka bengkak, berdarah dan bernanah
3) Hidung berair dan sukar bernafas
4) Kelopak mata berair dan kemerahan

Penyakit ini jika tidak dirawat pada peringkat awal, boleh melarat sehingga menyerang organ dalaman sekaligus menyukarkan kucing untuk sembuh.

 

2. Parvo

 

 

Sejenis virus yang sangat merbahayakan kucing dan boleh mengundang maut.

Apa pula simpton-simpton kucing terkena Parvo?
1) Hilang selera makan dan minum
2) Kucing lemah dan dehydrated kerana kurang air
3) Cirit birit atau muntah berbuih
4) Najis berdarah

3. Demam

 

 

Disebabkan jangkitan Virus, Bakteria dan Kulat. Anak Kucing berisiko tinggi dijangkiti.

Suhu normal

4. Kurus

 

 

Disebabkan kurang nutrisi, zat, elemen diperlukan dan pembiakan cacing dalam usus.

5. Kutu

 

 

Disebabkan jangkitan dari luar rumah. Boleh berlaku iritasi. Kucing akan kerap menggaru.

6. Bulu Gugur

 

 

Disebabkan makanan, alahan, gigitan kutu dan jangkitan ringworm.

Loading Checkout Page...

× Perlukan Bantuan? Klik Sini