3 CARA TRADISIONAL MERAWAT KUCING DEMAM

Hi penjaga kucing,

Dalam keadaan musim atau cuaca yang tak menentu sekarang ini, Si Comel juga tidak terkecuali terdedah kepada pelbagai penyakit.

Keadaan yang kerap berlaku adalah, kucing akan kerap demam atau selsema.

Jom saya kongsikan Cara Tradisional Untuk Merawat Kucing Demam.

SUHU NORMAL KUCING adalah antara 37.7*C – 39.1*C. Secara semulajadinya kucing akan mengalami kenaikan suhu akibat jangkitan penyakit yang dipanggil “Pyrexia”.

Antara tanda-tanda kucing anda mengalami demam adalah:
1) Tidak aktif, kelihatan letih dan lesu
2) Kurang selera makan
3) Mengasingkan diri
4) Bernafas laju dan berbunyi

3 Cara Tradional Merawat Kucing Demam adalah:

1) Air Kelapa

Air kelapa terkenal dengan minuman yang boleh menghilangkan dehidrasi pada manusia. Begitu juga untuk kucing, air kelapa baik untuk mengurangkan gejala demam panas dan selsema.

2. Gula

Benda manis baik untuk memberikan tenaga kepada badan kucing yang lemah akibat hilang selera makan dan minum. Force Feed Glucose perlu jika kucing tidak mahu makan langsung.

3. Garam

Cara ini juga cara mudah untuk dilakukan. Hanya campurkan sedikit garam ke dalam minuman kucing kerana garam membekalkan mineral untuk melawan microb penyakit. Tetapi pastikan tidak terlalu masin.


Akhir kata, dalam post ni anda dah belajar 3 Cara Tradisional Merawat Kucing Demam.

Penting untuk anda mengambil langkah-langkah pencegahan awal sebelum di bawa ke Vet.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk share post ni supaya dapat manfaat bersama orang yang mengalami masalah ini.

Terima kasih, jumpa lagi.

 

Loading Checkout Page...